Kuasa belum tentu menjamin tertegaknya hukum-hakam Allah. Kuasa hanyalah alat untuk menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, tidak sedikit keadaan di mana kuasa disalahgunakan apabila seseorang berada di puncak. Bahkan, kuasa yang dicapai juga belum tentu membawa pertolongan kepada perkembangan dakwah sekiranya tidak disertai dengan amanah, hikmah dan tarbiah.
Oleh Aziz Madani · 4 min read
Isi Kandungan
Untuk mencapai kemenangan mungkin mudah, tetapi untuk mengisi kemenangan jauh lebih sukar. Acap kali hakikat ini belum benar-benar difahami oleh sesetengah pencinta dan pejuang Islam.
Ada yang menganggap kemenangan sebagai noktah akhir dalam sebuah perjuangan. Bagi mereka, memperoleh kuasa adalah segala-galanya kerana dengan kuasa, seluruh kehidupan dapat diislamkan dengan segera. Pandangan ini kurang tepat. Mencapai kemenangan bukanlah ukuran mutlak kepada kejayaan dalam usaha menegakkan Islam.
Kuasa belum tentu menjamin tertegaknya hukum-hakam Allah. Kuasa hanyalah alat untuk menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, tidak sedikit keadaan di mana kuasa disalahgunakan apabila seseorang berada di puncak. Bahkan, kuasa yang dicapai juga belum tentu membawa pertolongan kepada perkembangan dakwah sekiranya tidak disertai dengan amanah, hikmah dan tarbiah.
Maksud: “Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): ‘Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.’” [Surah al-Isra’: 80]
Kuasa boleh mengubah seseorang yang tawaduk menjadi seorang yang ego. Untuk mengetahui “warna sebenar” seorang pencinta dan pejuang Islam, lihatlah keadaannya ketika dia memperoleh kuasa.
Semangat yang meluap-luap ketika mengejar kemenangan kadangkala berubah menjadi semakin malap apabila tiba fasa untuk bekerja mengisi kemenangan. Fasa ini memerlukan pengorbanan tenaga, harta dan masa.
Mereka yang hanya mampu “meruntuhkan” kerana benci belum tentu mampu “membina” atas dasar cinta. Ini kerana sudah menjadi sunnatullah bahawa meruntuhkan lebih mudah daripada membina. Meruntuhkan boleh berlaku dalam sekelip mata, sedangkan membina memerlukan masa, kesabaran dan ketekunan.
Menurut al-Imam al-Raghib al-Asfahani, perkataan التلاوة berasal daripada perkataan تَلْوٌ, yang pada asalnya bermaksud mengikuti sesuatu perkara.
Namun, apabila perkataan تلا digunakan dalam al-Quran, ia mempunyai beberapa bentuk penggunaan dan makna.
Sekitar awal bulan 5, waktu itu adalah hari-hari terakhir saya di UiTM Puncak Alam, sebelum menamatkan pengajian Fisioterapi di kampus tersebut. Ianya hari yang mendebarkan. Mana tidaknya, usai daripa…
7 min read
Salah satu usaha “membina” yang sering terlepas pandang ialah pembentukan generasi yang benar-benar menghayati roh Islam pada peringkat individu, keluarga dan masyarakat.
Langkah ini perlu dioptimumkan terlebih dahulu sebelum usaha membina sistem kehidupan dan undang-undang Islam. Setiap unsur dalam ajaran Islam saling berkait dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, hukuman terhadap penzina hanya dapat dilaksanakan dalam kerangka keadilan yang sempurna apabila peluang untuk berkahwin dibuka seluas-luasnya, sementara jalan-jalan yang membawa kepada penzinaan seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tempat-tempat maksiat turut ditangani.
Begitu juga dengan hukuman hudud bagi jenayah mencuri dan menyamun. Pelaksanaannya mempunyai kaitan rapat dengan kewajipan zakat, prinsip takaful ijtima‘i serta pelbagai elemen ekonomi dan kewangan yang perlu dibangunkan secara menyeluruh.
Hanya dengan pendekatan yang menyeluruh inilah prinsip keadilan Islam dapat ditegakkan dengan sempurna dan keindahan syariat dapat terserlah.
Pelaksanaan undang-undang semata-mata belum menjamin kejayaan pelaksanaan syariat Islam yang syumul.
Kita tidak boleh membiarkan sikap gopoh dan kasar mengganggu proses membina generasi Muslim melalui dakwah dan tarbiah yang berhikmah serta istiqamah.
Masyarakat perlu digiatkan terlebih dahulu untuk membina cara hidup Islam dalam diri dan keluarga mereka sebelum bergerak kepada pembinaan Islam pada peringkat yang lebih luas. Jika tidak, mereka mungkin hanya menjadi “pemerhati” apabila tenaga dan komitmen mereka diperlukan.
Mana mungkin seseorang yang tidak serius menegakkan Islam dalam dirinya dan keluarganya mampu memikul tanggungjawab menegakkan Islam dalam masyarakat dan negara?
Islam Dibina Secara Bertahap
Anak tangga dalam usaha menegakkan Islam perlu didaki secara bertahap.
Pelaksanaan sistem Islam pada peringkat ummah merupakan proses yang datang setelah Islam dihayati dan ditegakkan pada peringkat diri, keluarga dan masyarakat.
Jika proses ini cuba dilakukan tanpa mengikut tertibnya, tidak mustahil para pencinta Islam akhirnya terkial-kial sendirian dalam usaha menegakkan Islam pada peringkat negara dan antarabangsa.
Jalan penyelesaian kepada persoalan ini ialah dengan membentuk majoriti takwa dalam kalangan rakyat.
Majoriti takwa tidak terbentuk dalam sekelip mata. Ia lahir apabila akidah, syariat dan akhlak pemimpin serta rakyat dibina dan dimantapkan. Kesemua proses ini perlu dicapai melalui dua pendekatan utama: dakwah dan tarbiah.
Dakwah berperanan membangkitkan kesedaran dan kefahaman, manakala tarbiah pula memberikan bimbingan ke arah penghayatan, pengamalan dan perjuangan.
Daripada proses inilah lahirnya individu yang baik, keluarga yang baik dan akhirnya masyarakat yang baik.
Usaha membentuk majoriti takwa merupakan kaedah menegakkan Islam yang lebih berhikmah, toleran dan berkasih sayang. Dengan izin Allah, Islam dapat dihayati pada pelbagai peringkat masyarakat tanpa menimbulkan kesan sampingan dan fitnah yang berpanjangan.
Pendekatan ini juga menjadi wadah untuk kita memanfaatkan persamaan serta menguruskan perbezaan dengan matang dan harmoni, jauh daripada perselisihan yang tidak berkesudahan.
Membina, Bukan Sekadar Meruntuhkan
Islam tidak akan tertegak pada peringkat ummah selagi asasnya belum kukuh pada peringkat masyarakat.
Walaupun jalan ini mungkin lebih perlahan dan memerlukan “stamina” yang panjang, inilah jalan yang lebih selamat dan menyelamatkan.
Apa gunanya berjalan dengan cepat jika akhirnya tersandung, terpaksa berundur atau bahkan tersungkur?
Maka benarlah kata-kata Mustafa Masyhur:
“Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.”
Marilah kita bersama-sama berusaha membentuk majoriti takwa dengan mempergiatkan usaha dakwah dan tarbiah secara ikhlas, berhikmah dan istiqamah.
Kerana kemenangan yang sebenar bukan sekadar mencapai kuasa, tetapi kemampuan mengisi kemenangan dengan nilai Islam, keadilan, amanah dan rahmah.
Dan sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bertakwa.
Ada satu ungkapan yang sangat indah daripada al-Hafiz Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Sesungguhnya di dunia ini terdapat sebuah syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga di akhirat.”